Assalamualaikum....
Lama tak update entri dalam blog ini.
Rumah tamu / homestay arissa kuantan ini kedudukannya terletak di kawasan kejiranan yang mesra. Kemudahan yang berada di sekitarnya juga banyak seperti :
1. Kedai makan terletak di jalan masuk ke taman ini iaitu dalam jarak 350meter dari rumah. pelbagai pilihan makanan seperti nasi campur, masakan panas, roti canai,goreng pisang dan banyak lagi.
2. Gerai makan yang paling dekat dalam jarak 50 meter sahaja. Gerai makan ini dibuka dari jam 4 petang sehingga lewat malam. Gerai karipap panas (order baru digoreng - untuk menjamin keenakan), gerai burger, pelbagai mee dan macam-macam lagi.
3. Pada setiap hari Rabu terdapatnya pasar malam. Pelbagai barang boleh dibeli. Dari pelbagai jenis makanan siap dimasak, barangan basah / mentah, pakaian, buah-buahan dan pelbagai lagi..(banyak nak menaip).
4. Kalau nak makan seafood pula bolehlah pergi ke Tanjung Lumpur (25km - 20 ke 30 minit-kalau tak sesak la). Di situ memang banyak pilihan terutamanya kedai ikan bakar Ana Petai (bukan nak promosi tapi nak bagitau), perggghhhh... meleleh air liuq (oghang utagha habaq), poket kene tebai (tebal) la.... hu..huu...
Senang cerita, nak cari makanan tu memang tak susah la...
5. Nak pergi main air pun banyak tempat samaada yang free (bayar parking aje) di Telok Chempedak, yang berbayar di Bukit Gambang Water Park la.. Sekarang ni surat khabar harian Metro ada memberi 2 tiket percuma bagi setiap 7 keratan kepala akhbar harian metro... Baru-baru ini pun di sekolah ada diberi promosi dengan potongan harga tiket kepada dewasa dan kanak-kanak... (macam sekolah anak saya ada la dapat- sekolah lain tak tahu la pulak). Tebusan tiket tu sampai hujung bulan Jun 2012 untuk dapat potongan harga.
Thanks a lot pada yang telah menginap di Homestay Arissa Kuantan begitu juga kepada yang telah menempah. Semoga anda semua berpuashati dengan kemudahan yang disediakan...
Terima kasih dari pihak pengurusan Homestay Arissa Kuantan.